Skip to main content

Apakah Persediaan Wanita Rancang Kewangan? I Sarahata.com

 

𝙆𝙚𝙬𝙖𝙣𝙜𝙖𝙣 𝘽𝙪𝙖𝙩 𝙒𝙖𝙣𝙞𝙩𝙖 𝙂𝙚𝙣 𝙭, 𝙈𝙞𝙡𝙡𝙚𝙣𝙞𝙖𝙡𝙨, 𝙂𝙚𝙣 𝙕
===================================
1.𝘼𝙙𝙖 𝙖𝙠𝙖𝙪𝙣 𝙗𝙖𝙣𝙠 𝙨𝙚𝙣𝙙𝙞𝙧𝙞
Memudahkan sebarang urusan di kemudian hari. Jika bagi cash by hand, ia tiada bukti, tiada rekod. Shopping online pun senang. Senang habis juga.Akhir bulan tengok sendiri di statement bank banyaknya korang shopping. hahaha😂
2.𝘼𝙙𝙖 𝙖𝙠𝙖𝙪𝙣 𝙏𝙖𝙗𝙪𝙣𝙜 𝙃𝙖𝙟𝙞
Ini sudah tentu setiap umat Islam dari baby lagi sudah ada ya.
3.𝘼𝙙𝙖 𝙖𝙠𝙖𝙪𝙣 𝘼𝙎𝘽
Untuk mula melabur, masuk ASB, harga ditawarkan tetap, RM1 = 1 unit
4.𝘼𝙙𝙖 𝙖𝙠𝙖𝙪𝙣 𝙆𝙒𝙎𝙋 /𝙋𝙍𝙎
Untung bagi yang pernah bekerja walaupun bekerja sambil selepas SPM atau bekerja sambil belajar sudah boleh ada akaun KWSP, Jika sudah berhenti kerja, boleh saja teruskan mencarum. Transfer saja dari akaun bank ke akaun kwsp.
Waktu sesak seperti sekarang, ada yang ingin keluarkan I citra, I lestari itu, gunakan sebaiknya kerana itu duit anda
5.𝘼𝙙𝙖 𝙖𝙠𝙖𝙪𝙣 𝙎𝙎𝙋𝙉-𝙞𝙥𝙡𝙪𝙨
Bagi yang berniat untuk sambung belajar, boleh buka akaun SSPN-I plus. Tidak sambung belajar pun ok je nak buka. Ada juga dapat perlindungan takaful Serendah RM10 dan menyimpan juga (pakej paling rendah RM30)
6.𝘼𝙙𝙖 𝙖𝙠𝙖𝙪𝙣 𝙪𝙣𝙞𝙩 𝙩𝙧𝙪𝙨𝙩 (𝙐𝙣𝙞𝙩 𝘼𝙢𝙖𝙣𝙖𝙝)
Sudah biasa dengan ASB? Boleh upgrade melabur dengan unit amanah lain pula. Pelbagai syarikat unit amanah di Malaysia seperti RHB Asset Management, CIMB Principal, Kenangan Investors dan lain-lain lagi
7.𝘼𝙙𝙖 𝙖𝙠𝙖𝙪𝙣 𝙚𝙢𝙖𝙨 (𝘽𝙚𝙡𝙞 𝙚𝙢𝙖𝙨 𝙛𝙞𝙯𝙞𝙠𝙖𝙡)
Simpan emas fizikal seperti dinar dan gram untuk kegunaan masa depan nanti. Kalau simpan cash semua, kemungkinan kita nak guna dengan cepat sangat tinggi. Simpan sikit dalam bentuk emas. Aim 85 gram, 100 gram atau 1kg emas. Opps, zakat jangan dilupa ya jika sudah sampai 85gram
8.𝘼𝙙𝙖 𝙠𝙖𝙙 𝙢𝙚𝙙𝙞𝙠𝙖𝙡 & 𝙝𝙞𝙗𝙖𝙝
Pelbagai syarikat dipercayai yang menawarkan kad medikal digunakan di hospital swasta dan hibah untuk waris ini seperti Hong Leong MSIG Takaful, AIA, Great Eastern
9.𝘼𝙙𝙖 𝙩𝙖𝙗𝙪𝙣𝙜 𝙨𝙮𝙞𝙡𝙞𝙣𝙜 𝙙𝙞 𝙧𝙪𝙢𝙖𝙝
Ini semua orang ada😅. Budak-budak pun ada. Tabung syiling inilah penyelamat pelbagai perkara
10.𝘼𝙙𝙖 𝙙𝙪𝙞𝙩 𝙨𝙚𝙣𝙙𝙞𝙧𝙞
Usahakan ada duit sendiri. Buatlah apa saja yang penting halal dan jika sudah bersuami dan berkeluarga dapatkan keizinan mereka. Suami redha, jalannya lebih mudah, gituww
Lain ya, masa single mak dan ayah kita doakan kita, sebab itu mudah je perjalanan kita.

Comments

Popular posts from this blog

Mudahnya Makeup Si Kaca Mata l Sarahata.com

  Boleh dapatkan full video disini : https://wasep.me/sh-grooming Ada yang pakai cermin mata tapi nak makeup Katanya susah sebab pakai cermin mata Saya faham,sebab bila buka cermin mata Mata kabur tak nampak Its ok,buat saja yang asas 1.Moisturizer 2.Sunscreen 3.Foundation 4.Bedak 5.Blusher (boleh juga jadikan eyeshadow) 6.Shading + highlight 7.Eyeliner *optional 8.Mascara *optional 9.Lipbalm 10.Lipmatte/lipstick Selamat mencuba! Boleh dapatkan video di bio untuk lihat tips dan trick ya #shgrooming #makeuptutorial  #makeup  #imageconsultant #sarahata Video boleh tonton disini :  https://www.facebook.com/share/p/fVWssdtkvc7ou9Gz/?mibextid=qi2Omg

Simpanan KWSP : 3.6 juta kurang RM1,000, 6.1 juta kurang RM10,000 l Sarahata.com

Kuala Lumpur: Seramai 3.6 juta ahli Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) direkodkan mempunyai simpanan kurang RM1,000, manakala 6.1 juta lagi kurang RM10,000. Dalam jawapan bertulis kepada Ahli Parlimen Pandan, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, Kementerian Kewangan berkata, punca utama keadaan itu adalah berikutan pengeluaran bernilai RM101 bilion susulan inisiatif i-Lestari, i-Sinar dan i-Citra Katanya, kejatuhan jumlah simpanan itu lebih merisaukan bagi ahli Bumiputera memandangkan 78 peratus atau lebih tiga perempat yang memohon untuk fasiliti pengeluaran berkenaan. Akibatnya, seramai 4.4 juta atau 54 peratus ahli Bumiputera kini mempunyai kurang daripada RM10,000, manakala 2 juta atau 25 peratus lagi mempunyai kurang daripada RM1,000. "Pengagihan simpanan menjadi semakin tidak saksama. Kumpulan 40 peratus terbawah ahli KWSP, merangkumi lebih kurang 5 juta ahli telah menyaksikan simpanan mereka jatuh sebanyak 38 peratus kepada hanya RM8 bilion, menjadikan baki simpanan medi...

Analisis Warna l Sarahata.com

 Warna Sejuk atau Panas? =•=•=•=•=•=•=•=•=•=•=•=•=•=• Ketika melakukan analisis ini Saya tidak pakai bedak,lipstik dan foundation Hanya blusher sikit di pipi dan kelopak mata Mata memang pakai contact lense  Perlu pakai pakaian putih Paling senang,sarung saja telekung putih  Jadi,boleh nampak kesan noda hitam,jeragat Kesan jerawat lama,tahi lalat dengan jelas Untuk ketahui warna itu sesuai dengan anda:  ✅Kurang jelas nampak kesan noda hitam,jeragat di wajah ✅Nampak warna tersebut balance /blend well dengan wajah ✅Nampak wajah bermaya ✅Warna itu tidak overshadow anda Jika warna itu TIDAK sesuai: ❌ Nampak jelas segala jeragat,noda hitam,frekles di wajah ❌ Wajah nampak tidak bermaya/penat/sakit ❌ Warna itu tidak blend well dengan kulit Diantara A dan B  Gambar mana yang nampak JELAS  noda hitam di wajah di sekitar mulut dan pipi? **Boleh tekan gambar dan zoom,memang nampak ada perbezaan https://linktr.ee/sh.grooming #shgrooming #sarahata  #analisiswarna #...